Wednesday, 24 December 2014

"PERAKMAN" miniature sculpture ^_^

PROJEK SETERUSNYA !

~ PERAKMAN ~

:: sedikit mengenai ' PERAKMAN ' ::



Manusia Perak (Perak Man) adalah rangka manusia yang tertua pernah dijumpai di Malaysia. Perak Man dijumpai di dalam Gua Gunung Runtuh di Bukit Kepala Gajah, Lenggong, Perak, Malaysia. Ia dijumpai pada tahun 1991 hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre, Universiti Sains Malaysia dengan Kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Hasil dari kajian dan penyelidikan yang dijalankan mendapati Perak Man adalah rangka manusia yang telah berusia diantara 10 000 hingga 11 000 tahun. 

Perak Man adalah lelaki yang tergolong dalam kelompok manusia Australomelanesoid. Menjalani kehidupan bersama beberapa kelompok manusia prasejarah lebih kurang 10 000 tahun yang lalu dengan menjadikan gua sebagai tempat berteduh. Aktiviti utama Perak Man ialah memburu, memungut bahan-bahan yang boleh diperolehi daripada hutan dan sungai untuk menjalani kehidupannya. 

...................................................................................................................................................................


Projek seterusnya, berkaitan dengan PERAKMAN, 

Tanah liat yang direka khas, dengan campuran tanah liat bersama-sama silicon. tanah liat ini akan dipiuhkan mengikut ekspresi pengkarya terhadap gaya yang dipilih mengenai perakman. 












.




No comments:

Post a Comment