Wednesday, 8 October 2014

Pengenalan ARCA

Apa itu 'seni arca' ?

Arca merupakan bentuk citra dalam susunan tiga dimensi (3D) untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya. Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain disebabkan ciri-ciri tiga dimensinya. 
Permukaannya dapat dirasai serta dipandangdari pelbagai sudut. 

Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu 'sculpere' bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan rekabentuk pentas, namun karya ini mempunyai keistimewaan tersendiri.

Secara khususnya, karya 3D adalah sesuatu yang bersifat konkrit, berisipadu,mempunyai pandangan sisi iaitu kiri, kanan, atas dan bawah. Ia juga dikenali sebagai objek maujud iaitu objek nyata dan boleh dipegang. Proses umum bagi penghasilannya pula adalah dengan membentuk dan membuat binaan melalui proses imaginasi. Seterusnya, diterjemahkan ke dalam bentuk lukisan, dan distruktur. Akhirnya diproses pembinaan objek tersebut.

Secara umumnya, terdapat dua jenis bentuk arca, iaitu arca bentuk berfungsi dan arca bentuk estetika. Arca berbentuk berfungsi boleh digunakan di samping memaparkan ciri-ciri estetikanya. Arca bentuk astetika merupakan bentuk ciptaanpelukis yang tidak mempunyai fungsi tertentu hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya. Arca estetika biasanya diamerkan di galeri, taman atau ruang legar kawasan peranginan, dan ruang-ruang yang sering dikunjungi orang ramai.

   Misalnya, patung kaum orang asli Jah Hut 
  
  




  dan Mah Meri yang digunakan sebagai alat untuk berhubung dan semangat dalam upacara keagamaan kaum itu. Seterusnya, ‘Keliering’ atau tiang perkuburan orang Melanau di Sarawak yang digunakan untuk pengebumian sekunder adalah satu lambang kebesaran tuan rumah.


     Kedua-dua ini adalah antara contoh bentuk arca berfungsi. 

No comments:

Post a Comment