Wednesday 8 October 2014

Subjek Kajian & Sumber Idea


KAJIAN DAN SUMBER IDEA.. 

Tema projek : " WARISAN MALAYSIA "
                          Tafsiran terhadap Malaysia.

SUMBER IDEA ::  TEPAK SIRIH ~ ~ ~



TEPAK SIRIH ia adalah sebahagian daripada adat di dalam majlis perkahwinan orang melayu. Sirih atau nama saintifiknya 'Piper betle', merujuk kepada dauh sirih yang diambil dari pokok Sirih, sejenis pokok menjalar, yang merupakan satu bahan penting dalam kebudayaan Melayu. Pokok ini berasal dari Malaysia dan kini boleh turut dijumpai di India, Indonesia dan Sri Lanka.

Daun sirih mempunyai bentuk yang hampir menyerupai daun Kaduk. Ia penting dalam adat perkahwinan dan perubatan Melayu tradisional.

Pada kebiasaannya dahulu, pokok sirih banyak ditanam di kampung-kampung. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga mudah didapati di pasar, terutamanya di kawasan pendalaman.

Apa-apa pun kegunaan harian daun sirih, maksud dan lambang yang dibawanya dalam adat istiadat perkahwinan Melayu masih kekal hingga hari ini. Daripada merisik, meminang, menghantar tanda, atau bertunang hinggalah majlis akad dan bersanding, semuanya dimulakan dengan sirih bersama-sama dengan tepaknya. Sirih dianggap sebagai penyeri majlis dan pemula bicara serta pelengkap majlis.



Sejarah

* Alat kebesaran dan tanda kebudayaan Raja-Raja dan masyarakat Melayu turun temurun.
* Diletakkannya di dalam sebuah pahar beralas kain baldu kuning Raja.

Komponen tepak sirih:

* Bekas sirih – saiznya hampir serupa dan berbentuk pipih, lebar pada bahagian mulut (8 sm) dan menguncup pada bahagian bawah (6 sm) dan tinggi (10 sm). Ada berbentuk segi lapan atau segi enam.
* Cembul – komponen di dalam tepak sirih terdiri daripada lima ramuan untuk pinang, kapur, gambir, tembakau dan bunga cengkih.
* Kacip – berfungsi untuk membelah buah pinang yang keras.
* Gobek – berperanan seperti antan dan lesung untuk melumatkan sirih. Nenek tua yang sudah tidak mempunyai gigi akan berdamping rapat dengan gobek bagi membolehkannya menghilangkan ketagihan makan sirih.
* Celepa – untuk mengisi tembakau atau piak sirih. Sesuai digunakan untuk seseorang itu merantau jauh.
* Ketur – dikenali sebagai tempat berludah dan menjaga kebersihan.

Makna tersirat:

* Sirih – Diertikan sifat rendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain.
* Kapur – Melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi jika keadaan tertentu yang memaksanya ia akan berubah lebih agresif dan marah.
* Gambir – sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberikan erti kecekalan hati.
* Pinang – Digambarkan sebagai lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur.
* Tembakau – Melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal.

~~diambil daripada Aquila society~~

Pengenalan ARCA

Apa itu 'seni arca' ?

Arca merupakan bentuk citra dalam susunan tiga dimensi (3D) untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya. Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain disebabkan ciri-ciri tiga dimensinya. 
Permukaannya dapat dirasai serta dipandangdari pelbagai sudut. 

Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu 'sculpere' bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan rekabentuk pentas, namun karya ini mempunyai keistimewaan tersendiri.

Secara khususnya, karya 3D adalah sesuatu yang bersifat konkrit, berisipadu,mempunyai pandangan sisi iaitu kiri, kanan, atas dan bawah. Ia juga dikenali sebagai objek maujud iaitu objek nyata dan boleh dipegang. Proses umum bagi penghasilannya pula adalah dengan membentuk dan membuat binaan melalui proses imaginasi. Seterusnya, diterjemahkan ke dalam bentuk lukisan, dan distruktur. Akhirnya diproses pembinaan objek tersebut.

Secara umumnya, terdapat dua jenis bentuk arca, iaitu arca bentuk berfungsi dan arca bentuk estetika. Arca berbentuk berfungsi boleh digunakan di samping memaparkan ciri-ciri estetikanya. Arca bentuk astetika merupakan bentuk ciptaanpelukis yang tidak mempunyai fungsi tertentu hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya. Arca estetika biasanya diamerkan di galeri, taman atau ruang legar kawasan peranginan, dan ruang-ruang yang sering dikunjungi orang ramai.

   Misalnya, patung kaum orang asli Jah Hut 
  
  




  dan Mah Meri yang digunakan sebagai alat untuk berhubung dan semangat dalam upacara keagamaan kaum itu. Seterusnya, ‘Keliering’ atau tiang perkuburan orang Melanau di Sarawak yang digunakan untuk pengebumian sekunder adalah satu lambang kebesaran tuan rumah.


     Kedua-dua ini adalah antara contoh bentuk arca berfungsi.